Projek Rumah Generasi Kedua Felda Umas, Kalabakan, Tawau Sabah

Ianya merupakan Projek yang diusahakan Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Perhubungan KOPAMA Sabah. Projek pembinaan 1000 rumah 996.7sqft dengan 3R2B dengan usahasama DELONG CONSTRUCTIONS SDN BHD menggunakan teknologi IBS sepenuhnya dijangka akan disiapkan 270hari.

Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Gen 2 Felda Umai akan diadakan pada 20 Ogos 2025 oleh Dato’ Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah sempena Lawatan Rasmi ke Kalabakan mulai 19 Ogos 2025.