KOPAMA sedang dalam usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Pelabur dari Korea Selatan bagi menjalankan aktiviti penanaman kenaf secara komersil untuk menghasilkan 30,000 tan kenaf bagi pelbagai produk seperti pallet makanan haiwan, yarn/tali atau tekstil.

KOPAMA telah memulakan usaha ini lebih awal lagi sejak tahun 2023 dengan menghadiri Kursus Pengusaha Kenaf anjuran Lembaga Kenaf dan Tembaku Negara di Melaka. Siri lawatan ke pusat penanaman Kenaf di Kuantan Pahang dan Kelantan telah diadakan pada tahun 2024.

Baru baru ini satu sesi perbincangan bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) telah diadakan bersama pelabur dari Korea Selatan untuk mengadakan usahasama dengan pelbagai Koperasi bagi menggalakan penanaman Kenaf secara komersil bagi menghasilkan kenaf untuk tujuan ekspot. Satu dana sebesar 20 billion dicadangkan disediakan untuk pembukaan ladang kenaf dan juga pembinaan kilang pemprosesan Kenaf di tiga lokasi terpilih.
Kerajaan telah mula menggalakan penanaman kenaf sebagai tanaman gantian kepada tembaku sejak tahun 2000 lagi. Namun usaha ini agak perlahan kerana tiada pasaran yang besar untuk tujuan eksport. Baru baru ini usaha telah dibuat oleh Lembaga Kenaf Malaysia dengan membekalkan secara percuma 1 tan kenaf ke Korea Selatan bagi menjalanan Penyelidikan R&D bagi menghasilkan produk berkaitan kenaf.
PRODUK KENAF
BED SPREAD – 8PCS – HARGA PROMOSI RM1,500/set (Queen/King Size)
Hasil kajian bersama Lembaga Kenaf, Kopama dan Syarikat R&D Korea Selatan telah menghasilkan Bed Spread 8pcs (Queen/King Size) produk berasaskan kenaf untuk dipasarkan. Berminat Sila Hubungi En Zainundin Banun – Setiausaha +60 19-220 8920
Produk berasaskan kenaf ini bagi untuk kesihatan dalam menjana Tenaga Quantum.


