Alamat : 32-1 Jalan 2A/27A Wangsa Maju Seksyen 1, 53000 Kuala Lumpur WP

SENARAI ALK APRIL 2025/2026
Pengerusi – Datuk Abd Rahim Hj Hashim
Tim Pengerusi – Dato’ Abd Majid Zin Mohd Zin
Setiausaha – Zainudin Banun
Bendahari – Hj Baharudin Idris
ALK – HJ Azuri Taib
ALK – Ir Shahidan Said
ALK – Ar. Roslan Md Salleh
ALK – Lt Kol Normala Omar (B)
ALK – Norbaiti Senin
No Untuk Dihubungi:
Pengerusi : Datuk Abd Rahim Hj Hashim +60 19-375 0340
Setiausaha : Zainudin Banun +60 19-220 8920
Bendahari : Hj Baharudin Idris +60 16-203 1966

UCAPAN PENGERUSI KOPAMA
BismillahIrrahmannirrahim.
Salam Malaysia Madani…
Alhamdulillah…
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad Kali Ke 7 pada tahun ini bagi sesi 2024 yang berakhir pada 31hb Ogos setiap tahun.
Bagi pihak seluruh warga KOPAMA dan ALK saya ingin mengucapkan tahniah kepada perwakilan yang telah terpilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung pada kali ini.
KOPAMA yang telah didaftarkan pada 20 Oktober 2009, kini mempunyai keanggotaan seramai 1,003 orang dari seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Namun jumlah keanggotaan ini masih dikira terlalu kecil memandang kita bertaraf Kebangsaan Seluruh Malaysia.
Koperasi kita juga telah bertukar nama dari Koperasi Alumni MKM KuaLa Lumpur Berhad kepada KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD. Dengan nama ini kita telah dianggap nama besar di kalangan pemain-pemain Hartanah dan Perumahan sama ada dari Syarikat Pemaju dan juga Koperasi.
KOPAMA sering dihubungi Syarikat-syarikat Pemaju besar untuk mengadakan usahasama. Sama ada dalam bentuk pemasaran rumah dan tawaran untuk bekerjasama membangunkan hartanah di seluruh Negara. Oleh hal yang demikian saya ingin mengajak semua Anggota untuk bersama-sama terlibat secara aktif dalam aktiviti ini dengan membeli hartanah-hartanah yang ditawarkan atau menambah modal dan syer.
Saya juga ingin mencadangkan agar KOPAMA juga terlibat dengan pembelian ladang-ladang dan tanah-tanah pertanian bagi mempelbagaikan aktiviti dan menjana pendapatan.
Sesuai dengan cogan kata ‘ANGGOTA DIDAHULUKAN KOPERASI DIUTAMAKAN, SATU UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK SATU’, saya menyeru semua Anggota untuk bersama-sama berkempen bagi menambah keanggotaan. Sasaran kita, 1 (SATU) JUTA ANGGOTA BAGI TEMPOH 5 (LIMA) TAHUN bermula tahun ini (Ogos 2025). Berpaksikan hasrat tersebut, kita meletakkan aktiviti PERUMAHAN menjadi sektor utama aktiviti Koperasi ini. KOPAMA akan menyediakan sistem daftar keanggotaan yang lebih mudah untuk memudahkan Anggota mencari Anggota.
Saya juga menyeru setiap Anggota menabung dalam SKIM SIMPANAN KHAS PERUMAHAN (SSP). Hasil daripada simpanan ini kita mampu untuk membeli tanah dan membina perumahan untuk Anggota-anggota kita. Usaha akan dibuat oleh Anggota Lembaga (ALK) bagi mendapatkan kelulusan khas Skim ini.
Golongan muda terutama dari kalangan Siswazah Universiti, bakal-bakal guru di Institut Perguruan dan pelajar Institusi Swasta akan menjadi target untuk menjadi Anggota dan menabung dalam SSP.
Untuk menjadi Koperasi yang besar, kita harus mempunyai ramai Anggota dan apabila ramai Anggota maka saham dan fee juga bertambah.
Akhir sekali saya amat berharap agar semua anggota akan lebih aktif dan memastikan agar Saham atau Syer Anggota dapat ditambah dan tidak hanya saham minima sebanyak RM100.00 sahaja agar lebih banyak lagi aktiviti yang bermanfaat, serta akan memberikan keuntungan kepada Koperasi.
Wabillahi taufik, wal hidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
DATUK ABDUL RAHIM HAJI HASHIM
PENGERUSI

