Sektor AGROTANI termasuk Perladangan, Perternakan, Penanaman Sayoran dan Pokok Buahan

KOPAMA merancang untuk menjalankan usahasama dengan rakan kongsi utk membangunkan projek projek perlandangan. Antara yang berpotensi ialah Penanaman KENAF untuk dijadikan produk produk bernilai tinggi. Selain itu KOPAMA juga sedang mengkaji untuk mengambil pengurusan ladang sawit seluas 2300 ekar.

Proses kajian awal kedua dua projek ini sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Peladangan, Pertanian dan Pemasaran. Jika semua berjalan seperti dirancang, perjanjian usahasama dengan pihak yang terlibat. Di dalam ladang ini juga akan dijalankan aktiviti Pertenakan Lembu dan Ikan Air Tawar dalam kolam dalam ladang berkenaan.