UCAPAN PENGERUSI KOPAMA

BismillahIrrahmannirrahim.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allha SWT kerana dengan izinnya kita dapat juga mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad bagi kali ke 5 pada tahun ini.

Koperasi ini telah ditubuhkan pada bulan Sepember 2010 dan pada 28 Jun 2022, Koperasi ini yang dahulunya dikenali sebagai KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD telah bertukar nama baru iaitu KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD

Dengan pertukaran nama tersebut sudah tentu ianya memberi gambaran baru dan sektor baru kepada kita iaitu sebelum ini sektor perkhidmatan sekarang sudah berubah kepada Sektor Perumahan.

Bagi merealisasikan Matlamat dan Hasrat sering dengan pertukaran nama tersebut, maka pada tahun ini dan tahun tahun mendatang kita akan memberi focus dan tumpuan sepenuhnya untuk membina dan melaksanakan projek-projek yang melibatkan Perumahan Anggota dan bukan Anggota.

Melalui kesempatan ini saya ingin mengajak semua Anggota Koperasi agar sama-sama terlibat samada ingin menawarkan tanah sekiranya ada untuk kita bangunkan rumah atau tuan-puan menjadi agen pemasaran bagi mencari sesiapa saja yang ada tanah bagi membolehkan kita membina rumah.

KOPAMA mensasarkan sejumlah 100,000 unit rumah untuk dibina dalam tempoh 10 tahun seperti yang disarankan oleh Kementerian Perumahan dna Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sudah tentu bagi melaksanakan tujuan tersebut kita memerlukan modal yang sangat besar. Oleh hal yang demikian saya merayu dan berharap agar Anggota yang edia ada bersedia menambah saham atau simpanan khas dalam KOPERASI. Tanpa modal dan seumber kewangan yang mencukupi sudah tentu kita tidak boleh pergi jauh bagi melaksanakan projek ini.

Selain dari itu, saya juga berharap agar Angota dapat membantu Koperasi meningkatkan pertambahan Anggota di mana kita mensasarkan sejumlah 1 juta Anggotadapat menjelang 10 tahun akan datang.

Akhir sekali saya merakam sejuta penghargaan kepada semua rakan-rakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang sudi berkhidmat dengan penuh jujur ikhlasdan Amanah serta didokong kakitangan Koperasi yang setia bertugas demi untuk memastikan Koperasi terus hidup walaupon kejayaan sebenar yang kita harapkan belum kita kecapi setakat ini.

Sekian, terima kasih.

Wbillahi taufik, wal hidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK ABDUL RAHIM HAJI HASHIM

PENGERUSI