KOPAMA telah dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai Wakli Pemungut Zakat PPZ MAIWP mula 1 Jun 2022. Para Pembayar Zakat dengan ini dialu-alaukan untuk membuat pembayaran melalui KOPAMA dengan memaklumkan kepada Kaunter Pungut Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA mengenai hasrat Y.Bhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk Paduka/Dato/Datin/Tuan/Puan yang murni tersebut.

Satu Majlis Penyerahan Resit Rasmi PPZ-MAIWP dan Taklimat Pengurusan Zakat telah diadakan pd 30 Jun 2022 lalu di Wisma KOPAMA.

Terdapat 3 Cara Pembayaran Zakat PPZ-MAIWP melalui KOPAMA

  1. Pembayaran Tunai Zakat Individu/Zakat Harta/Zakat Peniagaan (kurang RM1000) di kaunter Pungutan Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA di Wisma KOPAMA
  2. Pembayaran Internet Banking ke Akaun Bank PPZ-MAIWP dan memaklumkan kepada Kaunter Punguan Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA di no hp https://www.wasap.my/60192208920/ZAKATPPZ Klik
  3. Pembayaran melalui CEK BERPALANG atas Nama Akaun PPZ-MAiWP (digalakan bagi urusan pembayaran melebihi RM5,000)

Khidmat Kaunter Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA

KOPAMA menyediakan Khidmat Kaunter Pungutan Zakat PPZ-MAIWP di Aras 1, Wisma KOPAMA mengikut jadual operasi berikut

Khidmat yang disediakan ialah

  1. Menerima Pembayaran Zakat Secara Tunai (Kurang RM1000)
  2. Membantu Pengiraan Zakat Individu/Harta/Peniagaan
  3. Menerima Pembayaran Melalui Cek Berpalang (digalak yg lebih RM5000).
  4. Menyediakan kuanter Pembayaran Internet Banking (Jumlah Lebih RM1000)
  5. Khidmat Nasihat mengenai Wakalah Zakat .

Bersama sama lah kita menyucikan hati dan harta dengan mengeluarkan Zakat 2.5% sebaik sahaja telah mencukupi Haul dan Uruf.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kaunter Pungutan Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA melalui WASAP. Sila Klik IKON.