Aslamulaikum WBT

Salam Malaysia Madani…

Alhamdulillah…Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke 6, 2024 Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad.

KOPAMA telah ditubuh dan didaftarkan pada Oktober 2010, kini usia KOPAMA telah menjangkau 14 tahun. Di sepanjang tempoh ini pelbagai cabaran dan liku-liku yang dilalui. Bermula dengan projek Water Filter KOPAMA, Hotel Bajet KOPAMA, Restoran KOPAMA dan Kedai Dobi KOPAMA.

Krisis Ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2004 dan berlarutan hingga 2014 menjadikan KOPAMA tidak aktif (dormant). Pada tahun 2017 saya bersama Anggota-Anggota Senior KOPAMA di ketika itu telah berusaha membuat pemulihan untuk mengaktifkan KOPAMA. Usaha ini membuahkan hasil walaupun secara perlahan-lahan dan penuh cabaran. Akhirnya pada 2019, KOPAMA telah fokus memulakan aktiviti membina rumah sesebuah di atas tanah sendiri kepada Anggota-Anggota Generasi Ke 2, Felda di Kota Tinggi,Johor.

Dalam masa yang sama KOPAMA memerlukan rakan strategik untuk membiayai projek perumahan ini. Alhamdulilah KOPAMA telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MBSB yangtelah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada Anggota-Anggota yang ingin membinadan membeli rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah tempoh masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah yang hendak dibina daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). KOPAMA telah melantik lebih deripada 30 Kontraktor bertaraf G7 untuk melicinkan kerja-kerja pembinaan.

Seiring dengan aktiviti yang lebih tertumpu kepada perumahan ini, KOPAMA di mana asalnya KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD telah bertukar nama secara rasmi kepada KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD dengan sektor utamanya adalah PERUMAHAN pada 28 Jun 2022.

Prinsip kejayaan sesebuah Koperasi adalah gabungan penglibatan Anggota dan jalinan kerjasama antara Koperasi. Sehubungan dengan itu KOPAMA ingin melancarkan Kempen Penambahan Keanggotaan dan mensasarkan 1 juta Anggota bagi tempoh 10 tahun. Dengan bertambahnya Anggota akan bertambah modal KOPAMA untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Saya menyeru semua ALK dan Anggota-Anggota dapat berpadu tenaga dan idea ,mengambil peranan dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti KOPAMA.

Kesatuan semua akanmembuahkan kejayaan kepada KOPAMA. Saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada ALK dan warga kerja atas usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk menjayakan MAPT Ke 6 ini. Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesihatan, danmempermudahkan semua urusan kita.

Sekian Wasalamualaikum WBT.

DATUK ABD RAHIM HJ HASHIM

Pengerusi KOPAMA