Video Penuh Ucapan

Asalamulaikum WBT

Allah Akbar x3
Walillah ilham

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Seluruh Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad. Juga kepada semua Staf dan Anggota Koperasi Perumahan Awam Berhad.

Alhamdulillah Setakat ini KOPAMA telah menjangkau usia 14 Tahun sejak ditubuhkan pada 2010, KOPAMA masih dapat bertahan dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan terutama dalam menghadapi usim Covid-19 selama 3 tahun (2020-2022). Sama sama lah kita berdoa agar pada tahun 2024 dan tahun mendatang, Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad akan terus cemerlang dan dapat berdaya maju.

Perkembangan muktahir, KOPAMA telah pon bertukar nama dari Koperasi Alumni MKM WPKL Berhad kepada KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD. Jika dahulunya KOPAMA dalam sektor PERKHIDMATAN, kini KOPAMA telah bertukar kepada Sektor PERUMAHAN.

Dalam waktu ini, KOPAMA sedang dalam proses untuk membina rumah untuk anggota terutama dikalangan Generasi Kedua dan Ketiga Felda. Projek Pembinaan Rumah Generasi Kedua Felda yg sedang dijalankan sekarang terdiri di Felda Sg Mas, Bukit Batu, Bukit Permai & Felda Inas Kulai Johor. Manakala Felda Mergong & Felda Bukit Bulat Melaka. Insyaallah selepas Sambutan Raya nanti, pembinaan rumah rumah akan berjalan lancar dengan pelantikan kontraktor yang telah dibuat.

Saya ingin menyeru seluruh angota Koperasi KOPAMA agar terus memberi sokongan dan tidak kekal pada saham minimum RM100 sahaja. Maka saya menyeru agar Anggota terus menambah saham dalam koperasi kerana KOPAMA mempunyai banyak peluang utk KOPAMA memulakan projek pembinaan yang memerlukan modal yang agak besar.

Juga jika ada Anggota yang memilik tanah dan ingin membina rumah agar segera
menghubungi KOPAMA untuk dibantu pinjaman perumahan dan seterusnya membina rumah dalam
kadar segera.

KOPAMA juga sekrang telah meluaskan aktivit ke Sabah dan Sarawak. Di Sabah terdapat projek pembinaan 115 unit rumah di Kg Lala, Lahad Datu Sabah.

Mesyuarat ALK terbaru pada 4 April 2024 juga telah meluluskan beberapa Projek PEMASARAN HARTANAH di Pantai Klebang Melaka dan juga yang akan datand di Bandar Akademia YPJ Johor. Kepada yang ingin maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KOPAMA di https://kopama.my/wp

Juga usaha sedang dijalankan untuk melibatkan Aktiviti Keusahawanan KOPAMA melalui Projek PENGEDAR AYAM ORGANIK dan juga Penjualan Produk produk Anggota melalui Portal E Dangan Shop2Go KOPAMA yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Sempena Hari Baik dan Bulan Baik ini, saya bagi pihak Warga KOPAMA ingin mohon ampun dan maaf kepada seluruh Anggota Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad jika sekiranya kami belum lagi dapat memberikah perkhidmatan terbaik dan dividen yang lumayan.

Doakan dan berikan kerjasama sepenuhnya untuk KOPAMA membantu meningkatkan prestasi koperasi ini dengan cara sama sama meningkatkan Saham dan Simpanan dalam KOPAMA.

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI !445H. MAAF ZAHIR BATIN.

Sekian. Wasalam,

DATUK ABD RAHIM HJ HASHIM
Pengerusi KOPAMA BERHAD