Skim Simpanan Khas Perumahan SSP

ATURAN SKIM SIMPANAN KHAS

(a) TAJUK : SKIM SIMPANAN KHAS PERUMAHAN – SSP

(b) OBJEKTIF:

Adalah menjadi hasrat agar Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (KOPAMA) dapat membantu anggota koperasi memilik rumah melalui Projek projek Hartanah yang diuruskan oleh KOPAMA.

Aturan ini adalah usaha untuk menjadikan Skim Simpanan Khas Perumahah – SSP ini mengikut Garispanduan dan Akta Koperasi yang telah diluluskan melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Dengan dana simpanan khas Perumahan ini anggota yang memahami konsep Kerjasama anggota akan dapat mengumpulkan dana bagi membiaya projek utama pembinaan hartanah.

Koperasi menyasarkan untuk melaksanakan PROJEK BINA RUMAH ATAS TAPAK TANAH SENDIRI  di seluruh Malaysia terutama ditumpukan di Kawasan Felda, Felcra dan Rancangan Tanah yang lain.

Melalui skim simpanan khas ini, anggota yang terus menerus menyimpan berkala & berterusan mengikut kemampuan anggota.

Sasaran Dana ialah RM50juta.

(c) DEFINASI :

  • Akta – ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

    Aturan – ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;

    Koperasi – bermaksud KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD

    Anggota – termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi mengikut Peraturan dan undang-undang kecil koperasi selepas pendaftaran;

    Skim Simpanan Khas – ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan suatu koperasi dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan;

    Skim Simpanan Khas Perumahan – SSP simpanan khas yang diwujudkan oleh KOPERASI bagi anggota menyimpan bagi maksud khusus bagi projek projek hartanah yg telah diluluskan ALK.

    Projek – satu usaha yg dimaju dan diluluskan oleh Mesyuarat ALK sesuai dengan tujuan penubuhan koperasi.

    Pengurus Dana – seorang atau lebih anggota yang dilantik oleh Mesy ALK bagi memudahakn proses kerja projek dan juga pemantauan kepada prestasi pelaksanaan sesuatu projek

(d) Sumber dan Kegunaan Kewangan;

Sumber :

Sasaran Dana SSP ini ialah setiap anggota akan terus menabung dalam Tabung Dana SSP dalam gandaan RM500/lot untuk mencapai sasaran RM100juta.

Simpanan boleh  ditambah bila bila masa. 

 Jika dikira 1000 anggota yg menyertai Skim Simpanan Khas Perumahan SSP menabung  RM500 x 1000 = RM500,000 sebulan. Dan jika setahun boleh mencecah RM6juta.  Jika jumlah ini meningkat 10,000 anggota ia akan menjadi RM60juta setahun.

Sepanjang tempoh Simpanan Khas Perumahan SSP – anggota yang berkenaan akan diberikan 10 faedah perlindungan insuran dan tabung khairat.

Anggota boleh mengeluarkan 50% simpanan pada tahun ketiga, dan 25% pada tahun ke empat dan 100% pada tahun kelima jika membuat keputusan untuk tidak meneruskan simpanan.

 

Kegunaan

Dana SSP dengan bilangan anggota semakin bertambah dan simpanan secara berterusan, menjadikan dana ini mencapai sasaran RM100 juta. Dengan adanya dana yang cukup membolehkan KOPAMA melabur dalam beberapa projek yang telah dirancang oleh koperasi terutama :

  1. Projek Pembinaan Rumah Generasi Kedua Felda
  2. Projek Perumahan Mampu Milik KPKT
  3. Projek Perladangan dan Pertaninan
  4. Projek Keusahawanan dan Latihan
  5. Tabung Qadrul Hassan KOPAMA
  6. Tabung Khairat KOPAMA
  7. Simpanan Tetap Bank Komersial – jangka pendek/jangka panjan

Sumber :

Skim Simpanan Khas Perumahan  SSP menawarkan kepada anggota yang berminat menyimpan dalam Dana SSP secara berkala dan berterusan minima RM500/unit atau semaksima mungkin RM100,000/peserta ke dalam Tabung Simpanan Khas Perumahan SSP.

Sasaran Dana SSP ini ialah  anggota yang bersetuju akan terus menabung dalam Tabung Dana SSP. Tawaran ini dibuka untuk membantu usaha koperasi mengadakan dana bagi PROJEK BINA RUMAH ATAS TAPAK TANAH SENDIRI. Sasaran Dana ialah RM50juta.

Formula Penyertaan Anggota dan pengumpulan Dana Simpanan Khas SSP

Secara  Simpanan Pukal Maksima

  • Sasaran 10 anggota x RM100,000 = RM1,000,000
  • Sasaran 20 anggota x RM50,000 = RM1,000,000
  • Sasaran 50 anggota x RM20,000 = RM1,000,000
  • Sasaran 100 anggota x RM10,000 = RM1,000,000
  • Sasaran 200 anggota x RM5,000 = RM1,000,000
  •  

Secara berkala dan berterusan

  • Sasaran 100 anggota x RM500 x 10 kali setahun x 2 tahun = RM1,000,000

 

Sasaran PROJEK BINA RUMAH ATAS TAPAK TANAH SENDIRI IALAH 5,000 unit untuk tempoh 10 tahun. Anggaran kos rumah ialah RM145,000 seunit x 5,000 = RM725juta. Namun modal pusingan yang diperlukan setahun ialah untuk RM100,000 x 500 unit setahun iaitu RM50juta.

Setiap pembinaan rumah akan menggunakan teknologi pembinaan pintar IBS bagi membina dengan masa dan kos yang paling optimum. Sasaran pembinaan sebuah rumah antara 2-3 bulan. Dengan keuntungan bersih setiap unit dianggarkan sekitar RM25,000. Jika KOPERASI dapat menyiapkan 500 unit setahun ini menjadikan keuntungan sekitar RM12,500,000

Prospektus kepada PROJEK disediakan untuk memberikan peluang kepada Anggota Koperasi memahami dengan jelas tujaun Simpanan Khas ini diwujudkan.

Satu Pasukan Pengurus Dana akan diwujudkan untuk menguruskan dana dengan teliti. Dana ini akan matang setiap 3 tahun.  Keuntungan akan dikira mengikut formula tempoh masa simpanan anggota berada dalam tabung Simpanan Khas SSP.  Peserta Simpanan Khas mempunyai pilihan untuk terus kekalkan simpanan atau mengeluarkan Simpanan mereka.

 

 

Kegunaan

Dana Simpanan Khas SSP adalah dikhususkan kepada PROJEK BINA RUMAH ATAS TAPAK TANAH SENDIRI yang akan dipromosi oleh Bahagian Promso Keanggotaan. Projek ini menumpukan untuk membantu pemilik tanah sendiri di seluruh negara untuk menjadi anggota KOPERASI dan membina menggunakan dana SSP dengan pelbagai tawaran menarik dan menjimatkan masa. Antara lokasi yang disararkan ialah kepada pemilik tanah di Kawasan Felda, Felcara, Risda. Pemilik Tanah disyaratkan menjadi anggota koperasi dan akan dibantuk oleh Bahagian Pemasaran dalam pemilihan rekabentuk rumah, kelulusan pelan dari PBT, permohonan pembiaayaan melalui panel bank yang terpilih dan juga pembinaan rumah menggunakan teknologi IBS dengan panel kontraktor yang telah dilantik oleh Koperasi melalui usahasama.

Usaha telah mula dijalanakan sejak 2019 lagi untuk mendapatkan pemilik tanah di Kawasan Tanah Rancangan Felda seluruh negara di bawah Program Rumah Generasi Kedua Felda. Hasilnya seramai lebih 500 peserta telah menjadi anggota KOPERASI dan berminat untuk membina rumah di atas tapak tanah sendiri menggunakan khidmat KOPERASI.

KOPERASI melalui Kerjasama dengan beberapa Developer akan mendapatkan model model RUMAH dalam pelbagai saiz dan harga yang menarik untuk ditawarkan kepada pemilik tanah bagi membina rumah di atas tapak tanah sendiri. Model model rumah ini bermula dengan 850kps, 950kps, 1100 kps yang bersesuai andengan harga  pasaran,

Anggaran kos pembinaan sebuah unit rumah ialah RM105,000 – RM150,000 mengikut rekabentuk dan saiz keluasan lantai rumah.

Setakat ini Koperasi telah pon menjalankan promosi ke lebih 15 kawasan tanah rancangan Felda di Johor, Melaka, N.Sembilan dan Perak. Usaha berseterusan akan dijalankan oleh Bahagian Promosi Keanggotaan untuk menggalkan pemilik tanah menyertai PROJEK BINA RUMAH DI ATAS TAPAK TANAH SENDIRI. Ianya akan diperlukan bukan hanya di Kawasan penempatan peneroka malah di tapak tanah persendirian di luar Kawasan FELDA, FELCRA, RISDA.

 

(e) Pentadbiran dan Pengurusan;

Untuk menguruskan Skim Simpanan Khas Perumahan SSP ini anggota akan membayar terus ke dalam akaun bank Simpanan Khas Perumahan Koperasi yang diuruskan berasingan dengan akaun bank operasi koperasi. Koperasi perlu membuka satu akaun khas untuk tujuan ini dengan di uruskan oleh 5 orang Pengurus Dana yang dinamakan

  1. Pengerusi Koperasi
  2. Setiausaha Koperasi
  3. Bendahari Koperasi
  4. Pengawal Kewangan SSP KOPAMA
  5. Pengurus Projek SSP KOPAMA