Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK

ATURAN SKIM SIMPANAN KHAS

(a) TAJUK : SKIM SIMPANAN KHAS KOPAMA  -SSK

(b) OBJEKTIF:

KOPAMA melalui Tabung Skim Simpanan Khas Keusahawan  Kopama – SSK mengumpulakan anggota yang berminat dengan aktiviti keusahawanan

Mengadakan usahasama dengan pakar yang membantu usaha pelbagai aktiviti keusahwaan bagi pihak KOPAMA

Setiap anggota berdaftar hendaklah mendaftar SKIM SIMPANAN KHAS KOPAMA SSK bermula dengan RM600/lot. Dengan ini koperasi akan membantu anggota mendapatkan modal pusingan dan Latihan kemahiran yang diperlukan melalui PROJEK PROJEK KEUSAHAWANAN.

SASARAN DANA SSK RM600,000

(c) DEFINASI :

    • Akta – ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

      Aturan – ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;

      Koperasi – bermaksud KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD

      Anggota – termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi mengikut Peraturan dan undang-undang kecil koperasi selepas pendaftaran;

      Skim Simpanan Khas – ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan suatu koperasi dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan;

      Skim Simpanan Khas KOPAMA – SSK simpanan khas yang diwujudkan oleh KOPERASI bagi anggota menyimpan bagi maksud jangka Panjang bagi pembangunan projek projek yg telah diluluskan ALK.

      Projek – satu usaha yg dimaju dan diluluskan oleh Mesyuarat ALK sesuai dengan tujuan penubuhan koperasi.

      Pengurus Dana – seorang atau lebih anggota yang dilantik oleh Mesy ALK bagi memudahakn proses kerja projek dan juga pemantauan kepada prestasi pelaksanaan sesuatu projek

(d) Sumber dan Kegunaan Kewangan;

Skim Simpanan Khas KOPAMA- SSK mencadangkan setiap anggota koperasi memulakan dengan mendaftar dalam SKIM SIMPANAN KHAS KOPAMA dengan modal RM600. Kemudian dari itu uterus menabung dalam Tabung Projek Ayam Kampung SSK dari masa ke semasa sejumlah RM600/lot.

Sasaran Dana SSK ialah setiap anggota menyimpan RM600.00 dengan 1000 anggota berdaftar akan dapat mencapai RM600,000.

Dana Skim Simpanan SSK juga akan ditambah melalui keuntungan Modal Pusingan Projek Keusahawanan yang dijalankan anggota dari masa ke semasa menggunakan dana SSK.

Bayaran Skim Simpanan Khas SSK ini boleh dibuat oleh anggota secara Pukal RM600 sekali atau secara berkala sehingga mencapai RM600. Peserta perlu mengisi Borang Penyertaan Skim Simpanan Khas SSK dan kelulusan akan diberikan oleh ALK selepas disemak dan disahkan.

Kegunaan Dana

Dengan bilangan anggota semakin bertambah dan simpanan secara berterusan, menjadikan dana ini mencapai sasaran RM600,000. Dengan adanya dana yang cukup membolehkan KOPAMA mengerakkan beberapa projek yang telah dirancang oleh koperasi terutama :

  1. Menjalankan aktiviti pelbagai keusahawan KOPAMA
  2. Mengadakan program Latihan keusahawan kepada anggota KOPAMA
  3. Menyeidkan Portal Shop2go KOPAMA untuk memudahkan aktiviti e dagang
  4. Mengalakkan penjualan produk produk kepada anggota secara online

 

Sasaran PROJEK BINA RUMAH ATAS TAPAK TANAH SENDIRI IALAH 5,000 unit untuk tempoh 10 tahun. Anggaran kos rumah ialah RM145,000 seunit x 5,000 = RM725juta. Namun modal pusingan yang diperlukan setahun ialah untuk RM100,000 x 500 unit setahun iaitu RM50juta.

Setiap pembinaan rumah akan menggunakan teknologi pembinaan pintar IBS bagi membina dengan masa dan kos yang paling optimum. Sasaran pembinaan sebuah rumah antara 2-3 bulan. Dengan keuntungan bersih setiap unit dianggarkan sekitar RM25,000. Jika KOPERASI dapat menyiapkan 500 unit setahun ini menjadikan keuntungan sekitar RM12,500,000

Prospektus kepada PROJEK disediakan untuk memberikan peluang kepada Anggota Koperasi memahami dengan jelas tujaun Simpanan Khas ini diwujudkan.

Satu Pasukan Pengurus Dana akan diwujudkan untuk menguruskan dana dengan teliti. Dana ini akan matang setiap 3 tahun.  Keuntungan akan dikira mengikut formula tempoh masa simpanan anggota

(e) Pentadbiran dan Pengurusan;

Untuk menguruskan Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK ini anggota akan membayar terus ke dalam akaun bank Simpanan Khas KOPAMA  yang diuruskan berasingan dengan akaun bank operasi koperasi. Koperasi perlu membuka satu akaun khas untuk tujuan ini dengan di uruskan oleh 5 orang Pengurus Dana yang dinamakan

  1. Pengerusi Koperasi
  2. Pengurus Besar Koperasi
  3. Pengurus Kewangan Koperasi
  4. Pengurus Dana SSK
  5. Pengurus Kewangan SSK

Untuk tujuan rekod simpanan khas bulanan KOPAMA SSK perlu disimpan dengan kemas untuk disemak dari masa ke semasa oleh Anggota dan ALK Koperasi. Penyata simpanan khas bulanan ini perlu disediakan untuk setiap tahun.

Bagi tujuan pengeluaran dan pelaburan dana simpanan khas, Jkuasa Pelaburan perlu memberi nasihat kepada ALK Koperasi untuk setiap pelaburan kepada projek yang dibenarkan sahaja.

Pengeluaran dana yang kurang dari RM5,000 setelah mendapat kelulusan ALK boleh dilakukan oleh 2 dari 5 Penama dan salah seorang ialah Pengurus Dana SSK.

Pengeluaran dana yang melebihi RM5,000 dan kurang dari RM10,000 setelah mendapat kelulusan ALK boleh dilakukan oleh 2 dari 5 Penama dan salah seorang ialah Pengurus Dana SSK.

Pengeluaran dana yang melebihi dari RM10,000  setelah mendapat kelulusan ALK boleh dilakukan oleh 3 dari 5 Penama dan salah seorang ialah Pengurus Kewangan Koperasi.

Melalui Pelaburan yang dibuat dari masa ke semasa, Keuntungan yang diterima akan diagihkan 70% kepada anggota dan 30% kepada KOPAMA setiap tahun. Setiap Anggota dijanjikan keuntungan 5% tertakluk prestasi pelaburan dana. Dana ini merupakan simpanan berisiko rendah. Namun anggota perlu faham masih ada risiko kehilangan simpanan disebabkan kerugian pelaburan yang perlu ditanggung Bersama.

 

(f) proses aliran kerja (termasuk dasar mengenai penerimaan dan pengeluaran deposit/simpanan khas dan dasar mengenali pelanggan);

Penerimaan Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK

Anggota Berdaftar yang telah membayar Fi Masuk RM150.00 untuk menyertai Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK dengan mengisi Borang Ikrar Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK dan membuat bayaran terus ke akaun Skim Simpanan Khas KOPAMA dari masa ke semasa mengikut jadual keuntungan bulanan sehingga dana RM600/lot SSK dipenuhi.

Pengeluaran Skim Simpanan Khas KOPAMA SSK

Dana Skim Simpanan Khas Kopama SSK merupakan tabung jangka sederhana KOPAMA. Anggota hanya dibenarkan membuat pengeluaran pertama selepas 3 tahun simpanan pertama. Pengeluaran 1 lot dibenarkan simpanan dibenarkan setiap tahun bermula tahun ke 5 dan ke atas. Dan pengeluaran 100% selepas 5 tahun.

Rekod Simpanan Khas KOPAMA SSK

Pengurus Dana perlu menyediakan satu daftar lengkap rekod simpanan khas bulanan setiap anggota dan juga rekod pengeluaran simpanan SSK

Rekod Pelaburan dan Keuntungan Dana Simpanan SSK

Satu rekod pelaburan jangka pendek dan jangka Panjang Dana SSK perlu diadakan bagi memastikan pulangan keuntungan dapat diberikan kepada penyimpan setiap tahun. Semua keuntungan tahunan dibayar terus ke akaun bank personal anggota setiap tahun.

Pembayaran Komisen

Beberapa komisen akan dibayar menggunakan Fi Daftar Masuk SSK RM150.00
setelah selesai proses pengesahan penerimaan bayaran dan proses proses kerja
berkenaan.

 

  • 1.      
    Komisen Agen /Pencadang RM50.00
  • 2.      
    Komisen Promosi – RM50.00
  • 3.      
    Proses Pembiayaan – RM50.00

 

 

 

 

(g) tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa pihak yang terlibat; dan

Tanggung jawab :

Pengerusi Koperasi – memastikan semua aturan ini diikuti dan dipatuhi semasa mengendalikan dana. Memastikan kelulusan Mesy ALK diperolehi sebelum pelaburan dana dilakukan.

Setiausaha Koperasi – memastikan rekod simpanan disimpan kemas dan kertas kerja kelulusan setiap projek yang diluluskan disahkan oleh mesy ALK.

Bendahari Koperasi – memastikan akaun bank Skim Simpanan Khas KOPAMA ini disahkan dan direkodkan dalam sistem akaun yang teratur

Pengurus Besar – menjalankan tugas promosi mengenai SSK dan memastikan rekod keluar masuk simpanan anggota teratur dan mengikut peraturan. Menyediakan kertas kerja yang berkaitan dengan setiap pelaburan dana untuk mendapat kelulusan Mesyuarat ALK.

Pengurus Kewangan Koperasi – memastikan akaun dan rekod terimaan dan pengeluaran dana simpanan khas KOPAMA SSK dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ALK.

Anggota  – Menambah dana seperti dalam Borang Ikrar untuk menikmati faedah langsung yang ditawarkan.

(h) pengurusan kewangan, risiko dan audit.

Untuk memantapkan pengurusan kewangan, Pengurus Kewangan Koperasi perlu mempunyai sistem akaun yang baik untuk menyimpan rekod skim simpanan khas KOPAMA SSK dan juga mengeluarkan Penyata Simpanan Tahunan untuk semakan anggota.

Menyediakan penyata untung rugi dana simpanan khas KOPAMA serta cadangan pembayaran keuntungan tahunan kepada penyimpan.

Menyediakan laporan audit tahunan yang lengkap setiap tahun.

Menyediakan laporan penilaian risiko setiap pelaburan yang hendak diluluskan.

 

Penutup

Anggota boleh merujuk Propektus Skim Simpanan Kopama SSK untuk lebih memahami risiko dan faedah simpanan.

 

Sekian.