Mesy ALK KOPAMA telah diadakan pada 25 Mei 2022, dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Rahim Hj Hashim. Mesyuarat telah membincang pelbagai perkara berkenaan memajukan projek projek yang telah dirancang sepanjang tahun 2022. KOPAMA juga telah mendapat kelulusan SKM untuk pertukaran Nama Koperasi kepaada nama baru : KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA BERHAD Mesyuarat juga telah mendengar taklimat mengenai KEMPEN 1 JUTA ANGGOTA KOPAMA dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai ATURAN SKIM SIMPANAN KHAS yang baru dikemaskini iaitu SKIM SIMPANAN KHAS BULANAN – SSB SKIM SIMPANAN KHAS PERUMAHAN – SSP SKIM SIMPANAN KHAS KOPAMA – SSK Mesyuarat juga hadiri beberapa Pengerusi Hubungan […]

MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA 2022
KOPAMA dengan CK EAST telah mengadakan Maljlis Rumah Terbuka RAYA 2022 pada 26 Mei 2022 di Gallery Rencana Royale TTDI. Majlis telah dihadiri oleh Penasihat KOPAMA, YB Datuk Abd Rashid Hasnon yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berserta wakil wakil KOPERASI yg berminat dengan Projek KOOP WEDDING CITY TTDI.

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN 2022 – 26 FEB 2022
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN 2022 KOPAMA TELAH SELESAI DIJALANKAN PD 26 Feb2022. Seramai 55 anggota perwakilan telah hadir di mesyuarat yg telah membentangkan :- 1. Laporan Setiausaha 2. Laporan Kewangan Teraudit 2019,2020 & Laporan Kewangan Tidak Teraudit 2021 3. Membentang dan meluluskan Undang Undang Kecil ( Pindaan 2022) yg mencadangkan pertukaran nama KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA BERHAD. 4. Melantik 12 Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yg baru utk 2022/2023 5. ,Pembentang Usul dan Aturan Projek

KOPAMA JALIN KERJASAMA UNTUK PROJEK NIPAH GULA APONG DI SARAWAK – JAN 2022
24.1.22 Lawatan Kerja KOPAMA diteruskan Ke Sarawak Bumi Kenyalang. Kunjungan Ke Pejabat Datuk Bandar Kuching Utara telah di adakan pagi tadi utk menjayakan Projek Bisnes antara KOPAMA dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Contoh Ahli KOPAMA Berhad di Felda Bukit Batu, Kulai, Johor 9 Oct 2021
Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah hari ini berbesar hati merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Contoh Ahli KOPAMA Berhad di Felda Bukit Batu, Kulai, Johor. Dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Koperasi Alumni MKM Kuala Lumpur (KOPAMA) dalam menunjukkan komitmen gerakan koperasi dengan mengambil langkah ke hadapan mendepani cabaran pemilikan hartanah di negara ini. “Isu pemilikan hartanah atau rumah yang menjadi keperluan asas kehidupan merupakan isu nasional yang seringkali dibincangkan. Sehingga kini, masih belum ada satu penyelesaian konklusif kepada isu ini. “Pada tahun 2020, National Property Centre (NAPIC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada separuh tahun […]
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN MOU – KOPAMA-JPC-KAVA 23 Nov 2019
KOPAMA telah menandatangani Perjanjian Persefahaman MOU bersama dengan rakan kongsi Jiangshu Province Consturction PTE, China dan KAVA Sdn Bhd Malaysia untuk memajukan 100,000 unit rumah di bawah Program Bersama OBOR. Berita lanjut sila klik : https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/23/china-based-construction-firm-to-build-affordable-homes-in-malaysia