Alamat : 32-1 Jalan 2A/27A Wangsa Maju Seksyen 1, 53000 Kuala Lumpur WP
SENARAI ALK 2024/2024
-
- Pengerusi – Datuk Abd Rahim Hj Hashim
-
- Tim Pengerusi – Dato’ Abd Majid Md Zin
-
- Setiausaha – Hj Jaafar Yaacob
-
- Bendahari – Lt Kol (B) Normala Omar
-
- ALK – HJ Azuri Taib
-
- ALK – Ir Shahidan Said
-
- ALK – Ar. Roslan Md Salleh
-
- ALK – Zainuddin Banun
-
- ALK – Idris Takyan
Contact Keahlian : 010- 804 6399
UCAPAN PENGERUSI KOPAMA
BismillahIrrahmannirrahim.
Salam Malaysia Madani…
Alhamdulillah…
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkanpenghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke 6, 2024 Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad.
KOPAMA telah ditubuh dan didaftarkan pada Oktober 2010, kini usia KOPAMA telah menjangkau 14 tahun. Di sepanjang tempoh inipelbagai cabaran dan liku-liku yang dilalui. Bermula dengan projek Water Filter KOPAMA, Hotel Bajet KOPAMA, Restoran KOPAMA dan Kedai Dobi KOPAMA.
Krisis Ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2004 dan berlarutan hingga 2014 menjadikan KOPAMA tidak aktif (dormant). Pada tahun 2017 saya bersama Anggota-Anggota Senior KOPAMA di ketika itu telah berusaha membuat pemulihan untuk mengaktifkan KOPAMA. Usaha ini membuahkan hasil walaupun secara perlahan-lahan dan penuh cabaran.
Akhirnya pada 2019, KOPAMA telah fokus memulakan aktiviti membina rumah-rumah sesebuah di atas tanah sendiri kepada Anggota-Anggota Generasi Ke 2, Felda di Kota Tinggi,Johor. Dalam masa yang sama KOPAMA memerlukan rakan strategik untuk membiayai projek perumahan ini.
Alhamdulilah KOPAMA telah menjalinkan kerjasama dengan pihak MBSB yang telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada Anggota-Anggota yang ingin membina dan membeli rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah tempoh masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah yang hendak dibina daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). KOPAMA telah melantik lebih deripada 30 Kontraktor bertaraf G7 untuk melicinkan kerja-kerja pembinaan. Seiring dengan aktiviti yang lebih tertumpu kepada perumahan ini,
KOPAMA di mana asalnya KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD telah bertukar nama secara rasmi kepada KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD dengan sektor utamanya adalah PERUMAHAN pada 28 Jun 2022.
Prinsip kejayaan sesebuah Koperasi adalah gabungan penglibatan Anggota dan jalinan kerjasama antara Koperasi. Sehubungan dengan itu KOPAMA ingin melancarkan Kempen Penambahan Keanggotaan dan mensasarkan 1 juta Anggota bagi tempoh 10 tahun. Dengan bertambahnya Anggota akan bertambah modal KOPAMA untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Saya menyeru semua ALK dan Anggota-Anggota dapat berpadu tenaga dan idea,mengambil peranan dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti KOPAMA.
Kesatuan semua akan membuahkan kejayaan kepada KOPAMA.Saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepadaALK dan warga kerja atas usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk menjayakan MAPT Ke 6 ini.
Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesihatan, dan mempermudahkan semua urusan kita.
Wbillahi taufik, wal hidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
DATUK ABDUL RAHIM HAJI HASHIM
PENGERUSI
Mesy ALK Kali Pertama telah diadakan pada 28.7.2024 sebaik selesai Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 6 di Institut Koperasi Malaysia IKMA , Jalan Templer PJ.
Mesyuarat telah Melantik 3 Jawatan Utama Lembaga Koperasi. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari serta menyusun Biro Lembaga Koperasi
Datuk Abd Rahim Hj Hashim
Pengerusi
(Biro Hubungan Korporat)
Dato’ Abd Majid Mohd Zin
Timbalan Pengerusi
(Biro Pembangunan Perniagaan)
Hj Jaafar Yaacob
Setiausaha
(Biro Perhubungan Negeri)
Lt. Kol Normala Omar (B)
Bendahari
(Biro Promosi)
Hj Nur Azuri Talib
Anggota Lembaga Koperasi
(Biro Pelaburan)
Ir Shahidan Said
Anggota Lembaga Koperasi
(Biro Penilaian Projek Hartanah)
Ar Roslan Ismail
Anggota Lembaga Koperasi
(Biro Pemantauan Projek Hartanah)
Zainudin Banun
Anggota Lembaga Koperasi/Pen. Bendahari
(Biro AgroBiz & Perladangan)
Idris Takyan
Anggota Lembaga Koperasi/Pen. Setiausaha
(Biro Keusahawan & Pemasaran)
Pengurus Besar : 016- 451 1219 Fauziah M.Noor
Bhg Keanggotaan : 010- 804 6399 – Siti Yuhaizah