KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD – MAT 2023

Alhamdulillah…selesai Mesy Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad Kali ke 5 pada 30/7/2024 di Dewan Platinum Hill PV5, Taman Melati, KL.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan Mesyuarat kali ini…khususnya ALK (Datuk Rahim, Lt Kol (B) Normala, En Zainudin, En Jaafar, Dato’ Majid, Hj Azuri, Ir Shahidan, Hj Idris, Ar Roslan) dan semua Staf yang saya sayangi (Amalina, Firdaus, Siti Yuhaizah, Rosmawati, Izam Shah).

Antara Perkara Penting dalam Mesyuarat Agung Kali ke 5 ialah

A) Pelantikan semula 3 ALK yang telah tamat tempoh 3 tahun berkhidmat sejak 2020/2021

  1. Hj Nur Azuri bin Talib
  2. Ahmad Shahidah bin Said
  3. Zainuddin bin Banun

Mengikut Undang undang Kecil KOPAMA yang terbaru selepas pindaan 2022, Bilangan ALK KOPAMA adalah 9 orang Anggota Lembaga.

B) Pembentangan Projek Pembangunan Bisnes oleh Datuk Abd Majid Md. Zin.

Bagi mencapai hasrat Anggota KOPAMA yang ingin memiliki rumah mampu milik, Dato And Majid selaku, Pengarah Pembangunan Perniagaan telah mencadangkan 3 projek perumahan mampu milik untuk Anggota KOPAMA sertai tanpa Modal.

  • SOHO Chester Denai Alam
  • Apartment Sungai Buloh
  • Apartment GRENEPARK Semenyih

Pasukan Promosi dan Pemasaran akan diberikan taklimat oleh Syarikat Pemaju untuk menjalankan akiviti pemasaran. Kepada Anggota yang berminat sila hubungi segera Urusetia.

C) Pembentangan Semula 2 Aturan Simpanan khas untuk diluluskan oleh SKM

  • SIMPANAN KHAS PERUMAHAN SSP
  • SIMPANAN KHAS KEUSAHAWAN SSK

D) Pembentangan Pemasaran Perkhidmatan TENAGA KERJA ASING

Datuk Abd Rahim, telah mengemukakan cadangan Perkhidmatan untuk membantu KOPERASI dna Syarikat yang memerlukan Kelulusan PERMIT KERJA TENAGA ASING. Melalui Kerjasama dengan Syarikat Agensi Pekerjaan Sdn Bhd. KOPAMA akan mendapat bayaran Caj Perkhidmatan RM300/Permit yang diluluskan.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA PERWAKILAN & RAKAN2 STRATEGIK KOPAMA. & ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK👍💪

SEMOGA KOPAMA AKAN TERUS CEMERLANG…AAMIIN3

Fauziah M.Noor, GM KOPAMA