KOPAMA telah dilantik secara rasmi sebagai Wakil Kutipan Zakat PPZ-MAIWP mulai Jun 2022. Satu taklimat khas mengenai Pengurusan Zakat PPZ-MAIWP oleh Encik Hafizul Amir telah diadakan pada 1 Julai 2022. Mengambil berkat bulan haji 2022 ini dan juga sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba pada 10 Julai nanti, sama-sama kita menyucikan hati dan harta melalui zakat yang merupakan rukun Islam yang keempat. Majlis Serahan Rasmi Resit PPZ bagi urusan kutipan zakat telah diterima oleh Y. Brs Datuk Abd Rahim Hj Hashim, Pengerusi KOPAMA.

Taklimat ini sangat berguna bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman Petugas yang ditugaskan  mengenai tatacara pengurusan kutipan dan juga pengiraan zakat pendapatan, perniagaan dan harta emas perak dll. (tidak termasuk zakat fitrah).

Pengurusan Kutipan Zakat di KOPAMA adalah di bawah Encik Zainuddin Banun, yang juga Penolong Setiausaha KOPAMA. Beliau akan dibantu oleh satu pengurusan zakat KOPAMA terdiri dari Hj Azuri, Hj Kazin, Hj Ahmad Shahidan. Di samping itu nanti akan dibuka Kaunter Kutipan di Aras Bawah Wisma KOPAMA yang akan menempatkan seorang Petugas.

Dengan ini KOPAMA mengalu-alukan semua ahli KOPAMA, rakan rakan KOPERASI, individu, peniaga dan syarikat untuk mula membuat pembayaran zakat melalui KOPAMA untuk sama sama kita membina kekuatan ummah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus :

  • En Zainuddin Banun, Pengurus Pungutan Zakat PPZ-MAIWP KOPAMA – 019-2208920 atau
  • Datuk Abd Rahim Hj Hashim, Pengerusi KOPAMA 014-6022120 atau

Puan Fauziah Md Noor, Pengurus Besar 016-4511219