Majlis Taklimat Pengurusan Kutipan Zakat oleh PPZ-MAIWP – 1 Zulhijah 1443 Hijrah pada Jumaat, 1 Julai 2022

KOPAMA telah dilantik secara rasmi sebagai Wakil Kutipan Zakat PPZ-MAIWP mulai Jun 2022. Satu taklimat khas mengenai Pengurusan Zakat PPZ-MAIWP oleh Encik Hafizul Amir telah diadakan pada 1 Julai 2022. Mengambil berkat bulan haji 2022 ini dan juga sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba pada 10 Julai nanti, sama-sama kita menyucikan hati dan harta melalui zakat yang merupakan rukun Islam yang keempat. Majlis Serahan Rasmi Resit PPZ bagi urusan kutipan zakat telah diterima oleh Y. Brs Datuk Abd Rahim Hj Hashim, Pengerusi KOPAMA. Taklimat ini sangat berguna bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman Petugas yang ditugaskan  mengenai tatacara pengurusan […]