Majlis Penyerahan Kunci Rumah Contoh Ahli KOPAMA Berhad di Felda Bukit Batu, Kulai, Johor 9 Oct 2021

Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah hari ini berbesar hati merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Contoh Ahli KOPAMA Berhad di Felda Bukit Batu, Kulai, Johor. Dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Koperasi Alumni MKM Kuala Lumpur (KOPAMA) dalam menunjukkan komitmen gerakan koperasi dengan mengambil langkah ke hadapan mendepani cabaran pemilikan hartanah di negara ini. “Isu pemilikan hartanah atau rumah yang menjadi keperluan asas kehidupan merupakan isu nasional yang seringkali dibincangkan. Sehingga kini, masih belum ada satu penyelesaian konklusif kepada isu ini. “Pada tahun 2020, National Property Centre (NAPIC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada separuh tahun […]