Ucapan Tahun Baru 2021 Pengerusi KOPAMA

Ikuti Video penuh Ucapan Klik disini

Asalamualikum WBT

Salam Sejahtera kepada Semua Ahli KOPAMA, Staf dan Pengurusan KOPAMA. Alhamdulillah kita telah berjaya mengharungi Tahun 2020 dengan pelbagai cabaran.

Walaupun begitu kita telah memulakan dengan projek projek Hartanah di mana KOPAMA mendapat kebenaran untuk membangunkan 100,000 unit rumah untuk rakyat. Kita masih teruskan usaha untuk merealisasi projek projek Hartanah. Perancangan untuk menjayakan projek projek Hartanah dan PRojek Generasi ke 2 Felda.

Pejabat KOPAMA telah berpindah ke WISMA KOPAMA di Bandar Tun Razak mulai 15 Nov 2020 untuk memenuhi keperluan operasi Koperasi yang semakin berkembang.

Bagi tahun 2021, pengurusan telah mengadakan Sesi Perancangan Strategik bagi memikirkan projek projek baru seperti Projek Perjualan Produk melalui KOPAMA TRADING dan LATIHAN KEUSAHAWAN.

KOPAMA Trading telah mengadakan usahasama dengan pengilangan dan rangkaian runcit Kedai Acheh secara atas talian melalui Mobile Apps. Antara produk produk yang telah ada dalam rancangan ialah pengedaran Beras dan barang keperluan harian, Makan Sejuk Beku, Penapis Air dan lain lain lagi.


Projek Latihan Keusahawan jika sedang dirangka untuk ditawarkan kepada ahli dan koperasi koperasi lain kursus latihan dengan kerjasama beberapa pakar dalam pelbagai bidang seperti Pembuatan Produk Makanan dan juga Kemahiran Pemasaran Digital.

Yang terbaru, mengambil perhatian mengenai isu pengedaran daging halal untuk keperluan orang ramai, KOPAMA sedang mengkaji untuk melaksanakan projek usahasama pengedaran daging halal untuk pasaran tempatan melalui MOU dengan ladang ladang ternakan lembu dan kambing.

Ahli berpeluang untuk melabur dalam tabung tabung simpanan khas yang akan maklumkan secara rasmi oleh KOPAMA untuk sama sama mendapatkan faedah secara langsung dari projek projek yang akan dilaksanakan nanti.

Sebagai ahli koperasi saya berharap setiap ahli dapat menunaikan tanggungjawab memastikan terus menyimpan Yuran Simpanan bulanan Rm30/sebulan atau RM360 setahun melalui pembayaran secara atas talian di website rasmi KOPAMA di url https://kopama.my/wp/bayar-online/.

Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan KOPAMA sedang dirancang yang mungkin akan diadakan secara atas talian dalam musim Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP2.0.

Saya mendoakan semoga kita semua ahli dipanjangkan usia diberikan kesihatan yang baik, diberikan kelapangan dan murah rezeki.

Sekian. Salamualqikum WBT.

Dato Hj Abd Rahim Hj Hashim
Pengerusi KOPAMA