Aturan Pentadbiran Koperasi

ATURAN PENTADBIRAN

KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD

(a) TAJUK : KEMPEN 1 JUTA ANGGOTA KOPAMA

(b) OBJEKTIF:

Adalah menjadi hasrat agar Koperasi Perumahan Awam Malaysia  (KOPAMA) Berhad dapat mengumpul 1 JUTA Anggota yang mempunyai kefahaman mengenai Objektif Penubuhan KOPAMA bagi membantu Anggota untuk memiliki sekurang kurangnya sebuah rumah melalui SKIM SIMPANAN KHAS PERUMAHAN SSP Kopama.

Melalui Skim Simpanan Khas Bulanan SSB, anggota boleh terus menyimpan dan menambah tabung dana koperasi untuk membiayai projek projek Pembangunan Hartanah Mampu Milik di tanah milik anggota atau Projek Perumahan KPKT secara JV dengan pemaju hartanah yang lain.

Dengan dana yang cukup, KOPAMA berhasrat memberikan skim pemilikan rumah secara “Smart Rent” dengan cara pembayaran Tanpa Riba kepada anggotanya.

Aturan ini adalah usaha untuk menjelaskan kepada Anggota bahawa setiap Anggota adalah sebagai Agen Pemasaran untuk menerangkan kepada orang ramai tujuan dan matalamat KOPAMA. Setiap Pendaftaran Anggota baru , akan diberikan satu komisen kepada “Pencadang”.

(d) Sumber dan Kegunaan Kewangan;

Sumber :

Fi Masuk RM30 setiap pendaftaran Anggota Baru

Kegunaan

Komisen Pendaftaran Anggota Baru  akan diberikan kepada setiap “Pencadang” yang tertera dalam Borang Anggota Baru KOPAMA.

  1. Komisen Agen/Pencadang – RM15.00
  2. Kos Cetakan Surat/Resit/Sijil – RM5.00
  3. Kos Cetakan Kad Ahli – RM5.00
  4. Kos Sistem Keanggotaan – RM5.00

 

(e) Pentadbiran dan Pengurusan;

KEMPEN 1 JUTA ANGGOTA KOPAMA

Hasrat untuk menjadiakan KOPAMA sebuha koperasi yang berdaya maju hanya boleh tercapai jika KOPAMA boleh menarik seramai mungkin menjadi anggota yang mempunyai objektif yang sama.

Ada beberapa saluran untuk menjayakan KEMPEN 1 JUTA ANGGOTA KOPAMA.

  1. Kempen Bersemuka melalui Taklimat/Road Show Bhg Promosi & Pemasaran KOPAMA
  2. Kempen “Member Get Member” oleh Anggota KOPAMA
  3. Kempen “Pemasaran Projek Hartanah” oleh Bhg Pemasaran KHKB
  4. Kempen Melalui Media Sosial “Viral Marketing” oleh Agen Pemasaran atau Anggota KOPAMA.
  5. Pendaftaran Secara Online / Pendaftaran Terus Ke Bhg Keanggotaan KOPAMA

Terdapat 2 jenis Agen Pemasaran

Agen Pemasaran Viral Marketing adalah mereka yang telah diberikan kebenaran menggunakan Logo dan Maklumat KOPAMA dalam membantu usaha mendapatkan Anggota Baru.

Agen Pemasaran Hartanah adalah mereka yang dilantik oleh KHKB yang menjadi Rakan Strategik KOPAMA menjayakan Projek Pembangunan Hartanah KOPAMA.

 (f) proses aliran kerja

Borang Pendaftaran Anggota Baru KOPAMA

Melalui apa saluran / cara sekali pon, semua Anggota Baru Perlu mengisi Borang Keanggotaan Baru KOPAMA.

Secara Online di https://kopama.my/wp/daftar

Atau Download Borang di https://kopama.my/wp/wp-content/uploads/2021/03/Borang-Ahli-KOPAMA-2021.pdf

Pengisian Borang Anggota Baru KOPAMA

Bagi memastikan proses permohonan Anggota Baru lengkap. Perlu dibantu oleh Agen, Anggota yang terlibat. Setiap maklumat adalah penting. Perlu dicatakan Nama Agen / Nama Pencadang dalam Borang Anggota Baru bagi membolehkan KOMISEN dibayar kepada mereka yang terlibat

Pengesahan Maklumat Permohonan Anggota Baru KOPAMA

Borang Permohonan Anggota Baru hendaklah diserahkan ke Bahagian Keanggotaan KOPAMA melalui Serahan Terus di Kaunter atau Melalui Pos ke alamat rasmi WISMA KOPAMA, 47 Persiaran Mewah, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras Kuala Lumpur. Atau Borang Secara Online akan dihantar satu Salinan Email / Data Pemohon kepada Bhg Keanggotaan.

Setelah disemak dan disahkan data pemohonan, Bhg Keanggotaan akan mengesyorkan kepada Setiausaha Agung KOPAMA untuk tujuan perakuan untuk kelulusan permohonan.

Rekod Pembayaran Permohonan Anggota Baru

Selepas perakuan dan kelulusan bersyarat oleh Setiausaha Koperasi, Bhg Kewangan akan memproses pembayaran anggota baru yg terdiri dari daripada:

  1. Fi Masuk – RM30.00
  2. Modal Syer Minimum – RM100.00

Minimum bayaran permohonan ialah RM30.00, Modal Syer Minimum boleh dibayar dalam tempoh 3 bulan atau sebelum Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) KOPAMA. Dan Modal Syer boleh dibayar dalam gandaan RM100 (Contoh RM100, RM200, RM1000 etc).

Bendahari hendaklah mengeluarkan resit terimaan pembayaran dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan dibuat.

Kelulusan Permohonan Anggota Baru

Setiausaha akan membawa senarai permohonan yang telah diproses dan diperakukan untuk Kelulusan dalam Mesyuarat ALK KOPAMA.

Setelah diluluskan Mesyuarat ALK KOPAMA, Setiausaha akan mengeluarkan

  1. Surat Kelulusan Permohonan Anggota Baru (dengan no anggota )
  2. Sijil Modal Syer (Jika ada)
  3. Salinan Undang undang Kecil Koperasi / UUK Koperasi KOPAMA.

Pembayaran Komisen Pendaftaran Anggota Baru

Setiap Permohonan Anggota Baru yang telah diluluskan oleh ALK KOPAMA sahaja akan boleh dibayar sejumlah komisen yang ditetapkan setiap anggota baru kpd pihak yang berkaitan.

(g) tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa pihak yang terlibat; dan

Tanggung jawab :

Pengerusi Koperasi – menyemak dan menandatangani Sijil Modal Syer .

Setiausaha Koperasi – memastikan rekod permohonan anggota baru lengkap memenuhi syarat syarat keanggotaan. Menandangani Surat Kelulusan Permohonan Anggota Baru

Bendahari Koperasi – memastikan semua rekod bayaran Anggota Baru lengkap dan mengeluarkan resit rasmi kepada anggota yang memohon. Membuat pemulangan kepada pemohon yang gagal mendapat kelulusan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat ALK.

Pengurus Besar – memastikan staf Bhg Keanggotaan menyemak dan menguruskan Proses Permohonan Anggota baru dengan cekap dan mengikut Aturan.

Pengurus Kewangan Koperasi – menyemak dan memperakukan pembayaran Komisen Pendaftaran Anggota Baru yang telah diluluskan oleh Mesy ALK.

Anggota  – Menyimpan Surat Kelulusan dan Sjili Modal Syer.

(h) pengurusan dan audit.

Bhg Keanggotaan dan Bahagian Kewangan hendaklah berkerjasama dalam usaha mempercepatkan proses pendaftaran.

Senarai Permohonan Anggota Baru dan status pembayaran hendaklah di kemaskini dalam Database Koperasi

Menyediakan Senarai Permohonan Anggota baru untuk Mesyuarat ALK.

Menyediakan Senarai Penerimaan Fi Masuk dan Modal Syer bila diperlukan.

Sekian. (KO

ATURAN PENTADBIRAN

KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD

 

(a) TAJUK : KEMPEN MEMBINA RUMAH DI TANAH SENDIRI

(b) OBJEKTIF:

Adalah menjadi hasrat agar Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad dapat membantu anggota membina rumah di tapak tanah sendiri melalui Syarikat KHKB.

Melalui Kempen Membina Rumah di Tanah Sendiri ini, sesiapa yang berminat akan dibantu oleh KOPAMA dalam urusan pemprosesan pembiayaan dan pembinaan.

Aturan ini adalah usaha untuk menjelaskan kepada Anggota untuk memenuhi syarat syarat yang diperlukan bagi melicinkan proses pembinaan. 

(d) Sumber dan Kegunaan Kewangan;

Sumber :

Pembiayaan melalui Bank-Bank Komersial mengikut kemampuan kewangan anggota.

Kegunaan

Pembiayaan akan diuruskan oleh KOPAMA untuk tujuan pembayaran kepada Kontraktor utama KHKB.

  1. Pembinaan Rumah mengikut spesifikasi
  2. Pembayaran kepads Kontrator mengikut fasa pembaugunan
  3. Pemeriksaan berkala semasa pembinaan
  4. Menyerah kunci selepas siap bina 

(e) Pentadbiran dan Pengurusan;

KEMPEN MEMBINA RUMAH DI TANAH SENDIRI

KOPAMA telah menjalin Kerjasama dengan KHKB Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidangan pembangunan hartanah. Terdapat model model pelan rumah yang boleh dipilih oleh anggota untuk membina rumah.

Beberapa syarat perlu dipenuhi oleh pemohon untuk membolehkan KOPAMA membantu urusan pembinaan ini.

  1. Mendaftar sebagai Anggota KOPAMA
  2. Menyertai Skim Simpanan Khas Perumahan SSP KOPAMA
  3. Memilik tanah atas nama Anggota / Ahli Keluarga yang akan membuat pembiayaan Bersama.
  4. Menyelesaikan isu isu tapak rumah, pelan rumah dengan PBT melalui syarikat professional juruukur, arkitek dll
  5. Menyerahkan dokumen dokumen diperlukan dan mengisi Borang Permohonan Pembiayaan

 (f) proses aliran kerja

Pendaftaran Anggota KOPAMA

Menyelesaikan Proses Pendaftaran Sebagai Anggota KOPAMA.

Secara Online di https://kopama.my/wp/daftar

Atau Download Borang di https://kopama.my/wp/wp-content/uploads/2021/03/Borang-Ahli-KOPAMA-2021.pdf

Pendaftaran SKIM SIMPANAN PERUMAHAN SSP KOPAMA

Mendaftar dan mengisi Borang Ikrar Skim Simpanan Perumahan SSP KOPAMA.

Menyerahkan Dokumen dokumen dan Borang Permohonan Bina Rumah di atas Tanah Sendiri

Menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan tanah dan mengisi Borang Permohonan Bina Rumah di atas Tanah Sendiri. Berbincang dengan Pengurus Projek KOPAMA untuk mendapatkan khidmat nasihat.

 Mendapat khidmat nasihat Profesional

Anggota akan dinasihatkan untuk menyelesaikan perkara berikut dengan badan berkuasa dan profesional

  • 1.       Geran Tanah – Pejabat Tanah / Pejabat Agama utk kes Faraid
  • 2.       Ukur Tanah  – Juruukur Tanah
  • 3.       Pelan Rumah –  KHKB
  • 4.       Kelulusan Pelan Rumah – Majlis Perbandaran/ PBT
  • 5.       Perjanjian S&P Kontraktor – KHKB

ATURAN PENTADBIRAN

KOPERASI PERUMAHAN AWAM MALAYSIA (KOPAMA) BERHAD

(a) TAJUK : TABUNG KEBAJIKAN

(b) OBJEKTIF:

Adalah menjadi hasrat agar Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (KOPAMA) dapat mengadakan Tabung Kebajikan anggota yang akan memberikan faedah berikut:

  1. INSURAN KEMALANGAN TAKFUL KASIH PLUS AGROBANK RM10k yang menyediakan faedah kemalangan anggota sehingga RM10,000
  2. SUMBANGAN KEMATIAN BIASA ANGGOTA RM1,500
  3. TABUNG QADRUL HASSANuntuk membantu anggota yang dalam kesusahan kewangan.

Syarat layak

  1. Anggota yang berdadtar
  2. Modal Syer Minimum RM100.00
  3. Ikrar Skim Simpanan Bulanan SSB
  4. Sentiasa menjelaskan bayaran bulanan SSB untuk tempoh tidak lebih 3 bulan.

 

Aturan Penyertaan Projek Projek